Assalamualaikum wrth dan salam sejahtera,


Hai nama saya Norhashimah Abd Rahman.


Saya merupakan seorang "ADVISOR" dan penulis e-buku yang bernaung di bawah syarikat Master Shiro Global Sdn. Bhd.

.

Sebelum ini saya berpengalaman meniti dunia kerjaya dalam bidang kewartawanan dan penerbitan majalah semenjak tahun 1990-an lagi. Majalah terakhir saya berkhidmat ialah majalah Anis yang mana saya menjadi editor dari tahun 2011 sehingga 2016. 


Saya telah menulis beberapa buah buku panduan kekeluargaan dan yang terbaharu berjudul "KETIKA AKU JATUH SAKIT" yang baru diterbitkan pada Julai 2022 lalu. 


Seiring dengan dunia digital yang semakin berkembang pesat, saya terpanggil untuk terus menulis dan berkongsi penulisan di e-buku atau buku digital. Buku digital meskipun masih baharu di kalangan rakyat Malaysia, ia tidak memerlukan kos yang mahal untuk mencetaknya. Berbanding buku fizikal yang memerlukan ruang penyimpanan stor dan kos cetakan yang begitu tinggi, 

Jadi, sebagai penulis anda hanya terus menulis dan menulis...


Syukur alhamdulillah, saya telah berjaya menghasilkan 4 buah e-buku yang anda boleh saksikan di paparan ebookstore ini (dua daripadanya tulisan bersama penulis lain). Tajuknya ialah: 


SETELAH AKU JATUH SAKIT, JEJAK ILMUWAN ISLAM, BETULKAN YANG BIASA BIASAKAN YANG BETUL dan COVID 19: TARBIAH-MU UNTUK KAMI. 



Saya sedang dalam rangka untuk memperbanyakkan lagi koleksi tulisan e-buku saya di sini. Mohon doakan kesihatan dan ilham yang menderu-deru untuk saya dan penulis MSGA yang lain.



Kini saya juga merupakan seorang editor bebas yang berkhidmat untuk menyunting karya-karya para penulis lain. Selain itu saya juga mengadakan bimbingan penulisan kisah hidup dan biografi secara personal untuk sesiapa yang berminat. 


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi saya di talian 010-5503029 (WhatsApp ya).